Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Profile Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter

Friday, July 24, 2015

Saya budak baru belajar =)

Hi semua ! yeahh.. Its me.. :D setelah setahun menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita kini saya kembali untuk membersihkan taman bunga yg dah bersawang ni..hee..
Alhamdulillah, pada 1 September 2014 saya telah mendaftarkan diri di Universiti Malaya sebagai pelajar perubatan tahun pertama. Syukur atas rezeki yang Allah beri. Tawaran untuk menyambungkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan juga terpaksa saya tolak atas sebab-sebab tertentu (tak nak duduk jauh2 dari rumah sebenarnya..hee)

So entry kali ni akan dipenuhi oleh gambar-gambar sepanjang setahun saya sebagai pelajar perubatan tahun pertama.. harap bersabar ye loading gambar-gambar tu nanti.. :D


 ~ This is me ~
First time masuk OT..sejukkk..haha

~ My groupmates ~


 ~ Me and Cuna before gowning ~

-----------------------------------------------------------------------

Menyertai salah satu program antarabangsa anjuran Kolej Kediaman Ibnu Sina dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia, See Beyond Borders merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Dengan menggunakan jalan darat kami mengambil masa lebih kurang 36 jam untuk sampai ke destinasi yang ditujui.. merentasi 3 buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Kemboja.




~ this little cutie, i forgot her name ==' ~

  ~ penjagaan gigi, salah satu aktiviti yang kami jalankan di sana ~

~ Aqiqah kambing dan lembu, gambar lembu tak sempat nak ambil ==' "
~ Pemeriksaan tekanan darah, gula, BMI dan juga consultation turut dijalankan ~

 ~ Memberi sumbangan dan melawat salah sebuah madrasah di Thailand ~


~ sesi beramah mesra dengan kawan-kawan baru :D ~


~ Orang- orang kuat kolej ni.. jangan main-main..hehe ~


~ Geng-geng duduk seat belakang..haha ~





 ~ last but not least my partner in crime for 6 days and 5 nights, Izzati..hehe~

Done for SBB

------------------------------------------------------------------------------


~ With Deputy Vice-Chancellor Prof. Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin ~

 ~ Alhamdulillah, I have been awarded Anugerah Tunas Harapan ~



~ Ahli-ahli mesyuarat meja bulat :P ~



  ~ Introduce you, my final year buddy, Kak Nini ~
indeed she is a lovely sisterrr ;)


~ My netball teammates ~

Done for Aviceena Grand Night

---------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang setahun, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, so im in Group 7.  Dalam group 7 ni ada 8 org.. disebabkan nama saya paling atas jadi saya lah kena jadi ketua kumpulan.. haha.. kami sentiasa bersama kemana-mana sahaja.. dah macam small family dah.. makan sekali, belajar, gelak, gaduh, nangis, shopping semua-semua lah..haha..


From left : Rowan, Natalie, Yi Wen, Wei Chun, Amer (at the back), Baihaqi, me and Mar
Location : PBL room 4
Block : Foundation 

~ sempat lagi bergambar sementara tunggu Dr masuk..haha ~
Location : Kidds Clinic
Posting : PCM
Block : Musculoskeletal System



We are Group 7 :D
Posting : PCM 
Block : Respiratory System

Location : 6th floor, Menara Selatan
Posting : Medicine
Block : Cardiovascular System


Done with my groupmates 

-------------------------------------------------------------------


~ My girlfriends :D ~


~ From left : Nida, Meem, Puteri, Cuna and me ~


~From left : Azra, Sarah Johan, me, Rozita and Sarah Aisyah



~ Let me introduce you the most awesome big brothers of mine, from left Abg Ram, me and Abg Lan ~
walaupun abg2 ni busy dengan posting lah, meeting lah, dating lah.. oppss..hehe
but they always be there whenever I need them.. I love you guys to the moon and back.. forever and always.. ;) For my abg2, I wish all the best with your final year.. semoga abg2 pass MBBS ni dengan cemerlang dan be a good doctor soon k.. aminn..
* yang baca ni pun turut aminkan.. :D



~ My favourite seniors :) ~



~ My lovely kakak2 dental ~


Done with my fav people 

---------------------------------------------------------------------

MUNUS ni actually acara sukan tahunan fakulti medik UM dan NUS. Tahun ni NUS jadi tuan rumah, so next year UM pula jadi tuan rumah..gilir-gilir mcm tu.. antara sukan yang dipertandingkan adalah badminton, tennis, netball, handball, futsal dan banyak lagi..alhamdulillah saya terpilih untuk mewakili UM untuk tahun ini.. :)


~ My teammates for MUNUS 2015~
Location : University Town, National University of Singapore


~ With them ;)) ~

 ~ Can I be your lil angel ? :D ~


~ USS :D ~
tak masuk pun actually..hehe..

----------------------------------------------------------------

Alhamdulillah result final exam first year saya pun dah keluar.. syukur alhamdulillah saya pass first year..terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan terutama my family, lecturers, seniors dan tak lupa juga rakan-rakan seperjuangan.. terima kasih sekali lagi.. :))
 Dengan itu sekian saja entry untuk kali ini..yang baik itu datang daripada Allah SWT, yang salah silap itu datang daripada kelemahan saya sendiri..
Assalamualaikum.. :D



Friday, July 25, 2014

PASUM

Assalamualaikum..
Sudah setahun lebih saya tinggalkan blog ini bersawang tanpa sebarang berita.. maafkan saya..bukannya saya terlalu busy tapi belum terdetik dihati untuk kembali active berblogging.. mohon maaf sekali lagi..sekarang saya akan ceritakan secara ringkas apa yang telah saya lalui selama setahun lebih ni.. insha Allah..

                                        ************

Pada 12 Mac 2013, saya telah mengambil keputusan SPM saya di SMK Seri Nibong.. Alhamdulillah walaupun kuputusan SPM sekadar 9A 1B tetapi saya tetap bersyukur.. saya memperolehi B+  untuk Bahasa Melayu.. sukar untuk saya percaya tapi apa-apa pun saya terima keputusan ni dengan redha kerana bagi saya pasti Allah SWT sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk saya di kemuadian hari.. Allah kan Maha Mengetahui.. :)

Alhamdulilah beberapa bulan selepas itu saya diterima masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau lebih dikenali sebagai PASUM.. pada 25 Mei 2013, itulah kali pertamanya saya berpisah dengan keluarga untuk jangka masa yang lama..pada mulanya memang agak sukar untuk saya untuk hidup di PASUM tetapi dengan berkat doa keluarga saya alhamdulillah saya mampu untuk bertahan di sini..


Banyak kenangan pahit dan manis semasa bergelar pelajar asasi.. banyak juga kawan-kawan baru yang saya kenal.. saya merupakan penghuni C218, block C, Kolej Kediaman Raja Nazrin Shah.. 

~ antara penghuni floor 2, block C ~

~ bersama jiran tersayang di tasik varsiti~
~ from left : syakirah, puteri and me ~

Saya juga telah ditempatkan di dalam group V1 untuk group tutorial yang diketuai oleh Badrul atau lebih mesra dengan panggilan Bard.. Bard dibantu oleh Elly Maisara atau Elly for short.. kelas kami mempunyai 25 pelajar, 8 org lelaki dan selebihnya perempuan.. 

~classmates~

~ table mates untuk chemistry lab ~
~ from left : Eka, Elly, Acap, Mimi, Me, Naqib, Sood ~

banyak kenangan kami bertujuh sepanjang 2 semester di dalam lab ni.. ada yang bagi meletop test tube.. ada yang tumpahkan bahan kimia.. ada yang terkena acid 18 mole, sampai terkeluar kulit.. haaa.. jangan buat main-main dengan acid.. ada yang kongsi result experiment.. macam-macam lagi la..hahaha.., rindu saat-saat buat experiment walaupun realitynya kami sangat tersiksa sepanjang 2 jam lebih dalam lab tu.. =='

Antara aktiviti yang best sepanjang di PASUM ialah Malam Emas yang diadakan di PWTC, jogathon, karnival Friendster 12, panjat bukit simen (bukan aktiviti rasmi..hahaha)..


Beberapa gambar semasa Malam Emas.. kalau nak upload semua memang sampai esok la jawabnya baru habis..hee.. :D


~ from left : Rais, me and Faris ~

~ from left : Sarah, me, Ummul and Syatik ~


Karnival Friendster 12 di Kolej Kediaman Raja Nazrin Shah..ada banyak aktiviti yang berlansung sepanjang karnival ni.. tapi kami pelajar pasum hanya tertarik kepada gerai-gerai makanan dan juga konsert yang diadakan..hahaha.. pada tahun ini antara artis yang membuat persembahan ialah Bunkface yang membuat persembahan pada hari pertama karnival, Hyperact pada hari seterusnya, Sleeq dan Iamneeta pada hari terakhir.. 

 ~ from left : Eka, me, Kak long (Syarafana), Abg long (Afiq), Haziq ~

 ~ giant bubbles ~

 ~ tadaaaaaaaa ~
~ with Abg Alif and Syarif from Sleeq ~

~ with Iamneeta ~

Bukit simen.. actually, tempat ni ialah tempat larangan.. tapi disebabkan ia sudah menjadi satu tradisi pelajar pasum untuk panjat bukit simen  saya pun sahut la cabar ni.. satu perkataan yang boleh saya ungkapkan.. PENAT.. ia sangat memenatkan.. dah la curam.. timggi pula tu.. sepanjang saya dekat UM, hanya dua kali saja yang saya mampu untuk panjat bukit simen.. 

 ~ kali pertama berada di puncak bukit simen ~
~ from left : Haziq, Daus, Afiq, Umi, Akim, me adn Shahrul ~

 ~ pernandangan dari atas ~

~ cukup curammmm ! ~

Dan pada 13 April 2014 tamatlah pembelajaran saya di sini.. sedih sangat nak tinggal PASUM.. nak berpisah dengan kawan-kawan.. ye la dah hampir 10 bulan kami berkawan dah rasa macam sebuah family.. tapi apa-apa pun saya redha.. semoga ukhwan persahabatan kami kekal hingga akhirat.. saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat saya walau di mana pun mereka berada..insha Allah..


Pada 10 Jun 2014, alhamdulillah saya telah menerima surat keputusan final dari pihak PASUM..alhamdulillah juga saya memperoleh cgpa 4.0.. syukur ke hadrat Ilahi.. berkat doa ibu bapa saya, adik-adik saya, bantuan rakan-rakan seperjuangan, doa para pensyarah saya, tutor-tutor saya dan yang paling penting dengan bantuan Allah SWT.. saya ingat lagi pesan ibu saya semasa saya menduduki final exam tempoh hari, " kakak jangan risau..pertolongan Allah tak pernah lambat".. Terima kasin ya Allah.. 

 ~ surat keputusan final PASUM ~

Perjuangan saya sebagai seorang pelajar belum terhenti di sini.. insha Allah bulan September ni saya akan meyambung pelajaran saya.. doakan yang terbaik untuk saya.. insha Allah saya akan update penempatan degree saya dan bidang yang saya akan ceburi kelak.. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close